Thursday, March 1, 2012

DATA WALK IN SURVEY KG NEUHEUN

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
1) Jenis kelamin
A. Lelaki  
B. Perempuan   
Penduduk Kg. Neuheun terdiri daripada lebih kurang 1800 orang yang mendiami sebanyak 200 buah rumah. Daripada walk-in survey ini, hasil respon adalah 100 orang iaitu seramai 52% adalah lelaki manakala selebihnya 48% adalah perempuan.
2) Keturunan 
Daripada 100 orang respondan, sebanyak 82% respondan adalah berketurunan Aceh Asli, manakala 18% respondan adalah bukan berketurunan Aceh Asli. Mereka adalah terdiri daripada seorang berketurunan Jawa, seorang berketurunan dari Bandung, seorang dari Padang, dua orang dari Sumatera dan seorang daripada keturunan Minang.
3) Umur  
A. 20 tahun ke bawah     
B. 20- 39 tahun
C. 40 - 60 tahun
D. 61 tahun ke atas  
Daripada 100 orang respondan yang telah menjawab soalan kajian, sebanyak 6% adalah berumur bawah daripada 20 tahun, dan sebanyak 51% respondan adalah berumur diantara 20 hingga 39 tahun dan mencatat peratus yang paling tinggi. Manakala, respondan yang berumur 40 hingga 60 tahun adalah sebanyak 35% dan mencatat peratusan kedua tertinggi dan respondan 61 tahun ke atas adalah sebanyak 8% sahaja.
4) Pekerjaan
A. Bekerja sendiri  
B. Pengawai Negeri Sipil
C. Swasta               
D. Tidak bekerja        
   
Sebanyak 57% respondan menyara hidup dengan bekerja sendiri dan mencatat peratusan yang paling tinggi dalam soalan pekerjaan. Manakala, respondan yang bekerja sebagai Pegawai Negeri Sipil (penjawat kakitangan kerajaan) sebanyak 3% dan kakitangan swasta adalah sebnayak 25%. Seterusnya, respondan yang tidak bekerja adalah sebanyak 15% sahaja.
5) Jumlah anggota keluarga
Daripada 100 orang respondan yang telah menjawab soalan kajian, sebanyak 62% respondan mempunyai bilangan anggota keluarga seramai satu hingga 4 orang, 33% respondan mempunyai bilangan ahli keluarga seramai lima hingga 8 orang, dan hanya 5% respondan yang mempunyai jumlah anggota keluarga melebihi Sembilan orang dan mencatta peratusan yang paling rendah.
6) Berapa lamakah anda telah menetap di kawasan ini?
A. satu tahun  ke bawah     
B. 1-5 tahun       
C. 6 – 10 tahun                
D. 10 tahun ke atas   
Daripada respondan yang telah menjawab soalan, sebanyak 11% respondan adalah baru menetap iaitu kurang dari satu tahun, 71% respondan telah menetap diantara 1 hingga 5 tahun dan mencatat peratusan yang paling tinggi. Seterusnya, 14% respondan telah menetap diantara 6 hingga 10 tahun dan hanya 4% sahaja respondan yang telah menetap lebih daripada 10 tahun di Kg Neuheun.
7) Mengapa kawasan ini dipilih sebagai tempat tinggal anda?
            A. Faktor kewangan      
B. Faktor ekonomi
            C. Faktor perhubungan      
D. Faktor kekeluargaan
Mengenai faktor pemilihan lokasi, sebanyak 46% respondan memilih kerana kewangan dan mencatat peratusan yang paling tinggi, diikuti kedua tertinggi iaitu kerana ekonomi iaitu sumber atau punca pendapatan sebanyak 28%, seterusnya faktor kekeluargaan sebanyak 17% dan diikuti 9% kerana faktor perhubungan.


BAHAGIAN B : KAJIAN
1) Bagaimanakah hubungan antara anda dan jiran anda?
            A. Baik            
B. Tidak Baik    
            Soalan bahagian B adalah soalan yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan kekangan yang dihadapi oleh penduduk khususnya respondan yang telah menjawab soalan kajian. Soalan pertama menanyakan tentang hubungan mereka antara jiran dimana 100% respondan menjawab mempunyai hubungan yang baik dengan jiran mereka.
2) Apakah aktivitas yang selalu anda lakukan di waktu lapang?
            A. Berbincang dengan jiran tetangga     
B. Beriadah
            C. Berkebun / menjahit / berniaga                 
D. Menonton tv
Sebanyak 23% respondan telah menjawab A iaitu melakukan aktiviti seperti berbincang dengan jiran tetangga sebagai mengisi masa lapang. Kemudian, sebanyak 18% menjawab B iaitu mengisi masa lapang dengan beriadah, sebanyak 19% respondan menjawab C iaitu mengisi masa lapang dengan berkebun/ menjahit atau berniaga dan 23% respondan menjawab D iaitu menonton television. Manakala, segelintir respondan telah menjawab lebih dari satu dan ini telah diketegorikan sebagai lain-lain.


3) Berapa kalikah kekeraban aktivitas kemasyarakatan diadakan? 
            A. Sekali seminggu       
B. Dua kali sebulan
            C. Sebulan sekali                     
D. Setahun sekali
Untuk kajian mengenai kekerapan program kemasyarakatan yang diadakan di Kg Neuheun, sebanyak 35% telah menjawab A iaitu sebanyak sekali dalam seminggu, 18% menjawab B iaitu sebanyak dua kali dalam sebulan, seterusnya 26% menjawab C iaitu hanya sebulan sekali dan 7% menjawab D iaitu hanya setahun sekali. Manakala, terdapat ralat pada soalan ini yang mana segelintir respondan tidak menjawab soalan ini dan telah diketegorikan sebagai lain-lain.
4) Apakah jenis pengangkutan yang paling mudah didapati di kampung anda?                               
A. Motor     
B. Teksi / Mobil      
C. Van 
D. Bus
Jenis pengankutan yang mudah didapati di Kg Neuheun adalah motor iaitu jawapan A dan mencatat peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 75%. Seterusnya, respondan yang menjawab jawapan B adalah sebanyak 16% iaitu pengangkutan seperti teksi atau kereta. Manakala, pengangkutan seperti van iaitu jawapan C telah dijawab oleh seramai 2% respondan. Seterusnya, lain-lain pengankutan seperti beca adalah sebanyak 7%.
5) Sumber air kegunaan harian.
A. Sungai     
B. Perigi / telaga / sumur     
C. Paip air / air pipa / ledeng
Kemudahan sumber air yang terdapat di Kg Neuheun tersebut adalah majority respondan telah menjawab B iaitu berpunca daripada perigi, telaga atau sumur iaitu mencatat peratusan sebanyak 62%. Kemudian, respondan yang menjawab C iaitu punca air daripada paip air, atau ladeng adalah sebanyak 37% dan respondan yang menjawab A iaitu punca air daripada sungai hanya 1%.
6) Adakah pasokan air sering bermasalah di kampung anda? 
A. Ya   
B. Tidak
Sebanyak 67% respondan menjawab sering menghadapi masalah air manakala sebanyak 33% respondan menjawab tidak menghadapi masalah air di kawasan mereka.
7) Adakah pasokan listrik sering bermasalah di kampung anda?   
A. Ya   
B. Tidak
Sebanyak 40% respondan menjawab sering menghadapi masalah elektrik manakala sebanyak 60% respondan menjawab tidak menghadapi masalah air di kawasan mereka.
8) Apakah fasilitas yang anda rasakan sangat penting dan perlu ditingkatkan di kampong anda?
A. Pendidikan  
B. Kesihatan   
C. Ekonomi  
D. Sosial
Daripada pandangan dan jawaban majoriti respondan, sebanyak 43% respondan menjawab C iaitu memerlukan kemudahan ekonomi kepada mereka. Kemudian, 20% menjawab A iaitu memerlukan kemudahan pendidikan, seterusnya 13% menjawab B iaitu kemudahan kesihatan dan 5% menjawab D iaitu kemudahan sosial. Sebanyak 19% respondan telah menyatakan lebih daripada satu fasiliti yang diperlukan dan telah diketegorikan sebagai lain-lain.
9) Apakah tahap pendidikan tertinggi yang diberikan kepada anak-anak?
            A. Tidak bersekolah           
B. Sekolah dasar
            C. Sekolah menengah            
D. Universitas
Untuk soalan kajian tahap pendidikan tertinggi anak-anak, sebanyak 20% telah menjawab A iaitu anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan (tidak bersekolah), sebanyak 24% respondan menjawab B iaitu mempunyai tahap pendidikan sekolah dasar sahaja (sekolah rendah), sebanyak 26% menjawab C iaitu berpendidikan tahap sekolah menengah dan seterusnya 16% menjawab D iaitu mempunyai tahap pendidikan university. Manakala, sebanyak 14% respondan telah menjawab lain-lain.
10) Bagaimanakah tahap pendedahan mengenai teknologi informasi dalam masyarakat?                
            A. Tidak memuaskan    
B. Memuaskan   
C. Baik    
D. Sangat baik
Mengenai soalan tahap pendedahan teknologi maklumat di Kg Neuheun, sebanyak 36% telah menjawab A iaitu tidak memuaskan, 26% telah menjawab B iaitu memuaskan, 26% juga telah menjawab C iaitu baik dan hanya 7% sahaja menjawab D iaitu sangat baik. Manakala, sebanyak 5% respondan tidak menjawab soalan tersebut dan telah dikategorikan sebagai lain-lain.

11) Apakah fasilitas dasar yang mudah diperolehi di kampung anda?
            A. Telepon publik
            B. Tempat bermain
            C. Padang
            D. Hentian Bus
Kemudahan asas yang mudah diperolehi di Kg Neuheun adalah tempat bermain, iaitu seramai 46% respondan menjawab B, kemudian diikuti dengan padang iaitu sebnayak 26%, seterusnya hentian bas sebanyak 5%. Manakala, kemudahan telefon awam tidak diperolehi di kampung tersebut dan lain-lain telah dikategorikan kerana respondan telah menjawab lebih daripada satu jawapan.


12) Apakah fasilitas yang terdapat di kampung anda?
A. Sekolah       
B. Kedai /Pasaraya
C. Rumah sakit
D. Kantor polisi / pemadam kebakaran
E. Terminal bus
Sebanyak 62% respondan menjawab kemudahan kedai atau pasaraya yang terdapat di kampung mereka, kemudian 24% menjawab sekolah, 6% menjawab rumah sakit dan menyamai balai polis dan balai bomba iaitu sebnayk 6%, dan paling sedikit adalah terminal bas iaitu sebanyk 2%.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...